Thursday, September 30, 2010

ELEMENT IN CONCEPT OF GEOMETRY


Geometri (Greek γεωμετρία; geo = bumi, metria =ukuran) adalah sebahagian dari matematik yang mengambil berat persoalanan mengenai saiz, bentuk, dan kedudukan relatif dari rajah dan sifat ruang. Geometri ialah salah satu dari sains yang tertua. Geometri awal adalah koleksi dari empirikal yang dijumpai yang mengambil berat jarak, sudut, luas, dan isipadu, yang telah berkembang untuk menemukan sesetengah keperluan praktikal dalam tinjauan, pembinaan, astronomi, dan berbagai kraf.
Geometri dikaji kerana ia dianggap ilmu yang sangat cantik, sempurna, dan masih banyak rahsia ciptaan Ilahi yang masih belum dirungkai. Sifat-sifat inilah yang merangsang akal fikiran kita untuk terus mengkaji ilmu geometri dan mensyukuri kebesaran Ilahi.
Ilmu geometri member pendedahan kepada murid tentang kewujudan alam ini dengan mendalam. Geometri juga melatih akal fikiran murid untuk menjana pemikiran yang kritis dan terperinci. Terdapat alasan lain kenapa murid kecil ini harus belajar ilmu geometri iaitu minat terhadap geometri akan membuatkan mereka berfikir tentang kejadian disekeliling yang sentiasa berkait rapat dengan geometri. Ironinya, minat terhadap kepelbagaian bentuk dan objek seperti garisan, bulatan, segi tiga, dan segi empat yang begitu dekat dengan kehidupan manusia secara semulajadi selari dengan fenomena memandu di jalan raya, melihat kestabilan bangunan dan lain-lain lagi sering menjadi asas kepada pengembangan terhadap pengetahuan geometri. Ini secara tidaklangsung akan memperkukuhkan pemahaman murid terhadappembelajaran mereka.
Dewasa ini  terdapat pelbagai permainan yang berkait dengan geometri. Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana kanak-kanak ini akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu apabila dilakukan dengan bermain.Permainan kategori Geometri merupakan jenis mainan yang menggunakan bentuk-bentuk geometri (segitiga, kubus, dan lain-lain), baik sebagai pengenalan bentuk geometri, sebagai alat untuk menyusun bentuk yang lebih rumit dan lebih besar. Salah satunya adalah tangram, iaitu sebuah permainan kuno yang berasal dari Cina. Berasal dari sebuah segi empat sama  yang dipotong kepada 7 bahagian menjadi berbagai bentuk potongan-potongan yang  dapat disusun menjadi banyak bentuk, seperti kelinci, kucing,angsa, orang menari, dan lainnya.
                


No comments:

Post a Comment