PROJEK 2
PENJANAAN IDEA DALAM TOPIK
UKUR PANJANG
MURID TAHUN 4 ARIF
SK GALI
Pengajaran dan Pembelajaran
TOPIK | Ukuran |
SUB TOPIK | Mengukur dan mengira perimeter dan luas bentuk |
MASA | Seminggu |
OBJEKTIF PROJEK Pada akhir sesi ini , peserta dapat : a) Mengetahui dan memahami konsep , hukum serta prinsip yang berkaitan dengan ukuran dan sukatan. b) Mengukur dan merekod bentuk segiempat sama dan segiempat tepat. | |
HASIL PEMBELAJARAN Murid dapat mengukur dan merekod bentuk segiempat sama dan segiempat tepat.
| |
KAEDAH Kuliah, perbincangan, aktiviti individu | |
BAHAN PENGAJARAN Nota , slaid persembahan Ms Powerpoint , perisian Interactive Teaching Program (ITP). | |
ALATAN Kertas Warna, Buku Skrap , Gam, dan Gunting. |
PROSEDUR KERJA
DAPATAN KAJIAN MENGIKUT PERINGKAT
- Perbincangan Projek
Perbincangan bersama murid telah diadakan terlebih dahulu supaya murid mendapat gambaran yang sebenar tentang projek yang akan dibuat. Pada peringkat ini dapat saya perhatikan bahawa murid-murid berminat dan tidak sabar untuk melaksanakan projek matematik ini.
- Lakaran Pertama (1st Sketch)
Pada peringkat permulaan ini saya telah meminta murid untuk membayangkan gambaran bilik tidur mereka di rumah. Murid dikehendaki untuk mengambarkan dengan betul kedudukan dan susun atur perabot. Selepas itu saya minta mereka untuk melakarkan gambaran itu di atas sekeping kertas. Akhirnya murid diminta untuk membuat anggaran terhadap ukuran bilik tidur dan perabot. Hasil daripada anggaran murid, saya dapati 80% daripada murid mengganggar dengan tidak munasabah. Walaupun mereka telah mempelajari topik ini tetapi mereka masih tidak dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari. Contohnya, Nur Akmal Balqis yang mengganggar secara tidak munasabah seperti berikut :
7 cm
|
406 cm
Saya berasakan walaupun mereka tidak mengukur pada perabot yang sebenar tetapi mereka seharusnya dapat menganggar dengan baik. Ini mungkin kerana mereka tahu bagaimana untuk membuat penggiraan asas (tambah,tolak,darab dan bahagi) tetapi tidak dapat membezakan di antara meter(m) dan centimeter(cm). Ini mungkin satu kelemahan dari sesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu yang mana murid hanya mendapatkan pengetahuan dari guru dan buku semata-mata tanpa aktiviti kendiri yang sebenarnya sangat berguna untuk mengekalkan ingatan terhadap pembelajaran tersebut. Kemudian saya telah memberikan setiap murid pita ukur sepanjang 1 meter. Murid diminta melihat kembali nilai ukuran yang telah mereka buat. Daripada ini, murid dapat melihat dan menyedari nilai ukuran yang mereka anggarkan adalah tidak logik sama sekali. Kemudian saya telah menunjuk ajar bagaimana untuk menggunakan pita ukur dengan mengukur kelas dan papan putih di kelas.
- ‘ Actual Sketch’
Untuk sesi ini, saya meminta murid untuk mengukur bilik tidur mereka di rumah dengan menggunakan pita ukur yang telah saya berikan. Sebelumnya, saya telah memastikan setiap daripada murid tersebut mempunyai bilik tidur sama ada secara individu mahupun yang dikongsi bersama adik-beradik yang lain. Murid kemudian melukiskan gambaran sebenar bilik tidur mereka berserta dengan ukuran yang sebenarnya. Hasil daripad tugasan kedua ini saya dapati ada peningkatan di kalangan murid dimana, mereka mengguanakan unit ukuran yang betul di antara cm dan m. Hanya sebilangan kecil murid yang masih keliru dengan penggunaan unit ukuran yang betul. Ada juga murid yang mampu menukar unit daripada cm kepada m. Contohnya, Nur Faizah bt Azri yang mampu menukar unit cm kepada m seperti berikut :
0.41m
| |||
1.35 m
Pada saya ini adalah sesuatu yang amat mengalakkan kerana mereka berusaha untuk menukar unit tersebut dengan mendapatkan bantuan seperti rakan atau ibu bapa. Ini menunjukkan betapa murid tersebut berminat dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu aktiviti ini juga membuatkan para ibu bapa terlibat dalam pembelajaran anak-anak. Ini adalah satu perkembangan yang positif di kalangan masyarakat pinggir desa ini kerana sebelumnya kebanyakkan mereka mengharapkan guru semata-mata dalam tugas membijaksanakan murid ini. Selepas itu saya menunjuk cara carian dan kiraan untuk perimeter dan luas. Murid dikehendaki mengira luas dan perimeter bilik tidur dan semua perabot dalam ‘actual sketch’ mereka.
- ‘Future Room’
Untuk sesi tugasan yang ketiga ini, saya telah meminta murid untuk membayangkan gambaran bilik tidur yang mereka impikan di masa hadapan. Murid boleh menetapkan sendiri keluasan dan susun atur perabot mereka. Tugasan ini menyeronokkan murid kerana mereka berpeluang merealisasikan bilik idaman mereka. Murid juga dikehendaki untuk mencari perimeter dan luas bagi bilik tidur dan perabot. Tujuan sebenar tugasan ini ialah supaya murid dapat menjana idea dengan berimaginasi secara kreatif. Umum mengetahui kanak-kanak sangat suka berimaginasi, oleh itu tugasan ini menggunakan sisi kebiasaan dan kesukaan murid sebagai satu seni pembelajaran.
- Ujian Cari Perimeter & Luas
Ujian adalah satu cirri penting untuk menilai keberkesan kaedah pembelajaran konstratif ini. Oleh itu saya telah cuba untuk mentadbir satu sesi ujian lapangan untuk murid ini. Ujian ini saya laksanakan bersama seorang matematik iatu En.Mizaruddin bin Kamal. Pelaksanaan sesi ujian lapangan ini juga telah disediakan dengan sebaik mungkin untuk mendapatkan kesahan dan kebolehpercayaan. Oleh itu sebelum ujian dibuat, kami telah berbincang mengenai rubric pemarkahan supaya tiada kekeliruan markah yang wujud terhadap individu murid yang sama. Ini penting untuk mengurangkan ralat dalam ujian. Sebelum melaksanakan ujian ini saya telah mewar-warkan akan kepentingan ujian tersebut kepada murid-murid. Murid diminta untuk membuat cabutan soalan secara rawak / mencabut undian. Apabila kertas undian dibuka murid akan mendapat tugasan yang menentukan apakah bahan perlu diukur. Mereka akan melaksanakan pengukuran dan seterusnya membuat pengiraan mendapatkan perimeter dan luas. Hasil dari ujian sayamendapati 80% muridmampu mengira perimeter dan 68% boleh mengira luas dengan betul.
Carta Alir Ujian :
- Sesi ‘Post Mortem’
Selepas selesai sesi tugasan saya mengadakan perbincangan yang merupakan sesi ‘post mortem’ untuk mengetahui dapatan kajian ini terhadap murid. Mereka menceritakan beberapa masalah yang mereka hadapi sepanjang pelaksanaan ujian ini. Ini penting untuk saya gunakan sebagai garis panduan semasa merancang projek di masa hadapan.
REFLEKSI
- Murid terlibat secara aktif dalam pelaksanaan kedua-dua aktiviti ini. Murid sangat seronak dan teruja terhadap pembelajaran sepanjang projek berlangsung. Ini secara tidak langsung dapat menyemai minat murid terhadap matematik dan mereka mula merasakan belajar matematik adalah seronok seperti mempelajari muzik dan seni lukis.
- Pengalaman yang mereka lalui sepanjang pelaksanaan projek ini akan dapat menguatkan ingatan mereka terhadap isi pembelajaran yang telah mereka pelajari.
- Murid dapat mengumpulkan maklumat dengan cara akses kendiri. Ini dapat dilihat secara aktif dalam projek yang dilaksanakan bersama murid Tahun 4 Arif. Murid berinisiatif untuk mengukur benda sekeliling mereka. Ini dapat saya perhatikan di mana, sehari sebelum ujian perimeter dan luas mereka menggunakan waktu luang seperti waktu pagi dan rehat untuk mengukur pelbagai benda di sekolah.
- Murid berusaha sendiri untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa penaksiran dengan mendapatkan bantuan dari pihak lain. Contohnya ada murid yang keliru apabila mengukur sisi meja mereka mendapati ukuran adalah 75cm. Mereka bertanyakan kepada kakak dan abang mereka serta saya sendiri bagaimana untuk menilai dalam bentuk meter. Terdapat juga penglibatan dari ibu bapa dalam membantu anak-anak menyiapkan tugasan ini. Mungkin kerana kebanyakkan tugasan ini dilakukan di rumah dan murid ini juga bersikap aktif dalam menjayakan projek maka secara tidak langsung ianya membuatkan ibu bapa turut terlibat secara tak langsung.
- Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan iaitu apabila murid melakukan tugasan secara individu ada di antara murid yang gagal menyiapkan projek ini kerana tidak berminat untuk melakukan kerja secara bersendirian iaitu tiada dorongan dari rakan sebaya yang akan membantu mereka untuk melaksanakan projek. Ini dapat dilihat dalam pelaksanaak projek untuk Tahun 2 Arif dimana mereka mungkin masih tidak memahami keperluan menlaksanakan projek.
- Sebilangan murid tidak menghantar folio kerana mereka telah kehilangan tugasan yang tertentu. Mungkin tempoh penaksiran yang berlanjutan sehingga 2 minggu bagi tugsan Tahun 4 mungkin menyebabkan murid murid cuai sehingga kehilangan tugasan tersebut. Manakala bagi tugasan murid Tahun 1 pula mereka masih tidak memahami kepentingan folio dan sesuatu tugasan. Ini kerana mereka dapat menyiapkan dalam helaian tetapi tidak boleh mengumpulkan sumua tugasan tersebut dalam satu folio. Ini mungkin kerana tugasan yang bersifat folio ini merupakan pertama kali dilakukan dalam sesi pembelajaran mereka.
No comments:
Post a Comment