Wednesday, September 29, 2010

ELEMENT IN CONCEPT OF ALBEGRA

Secara tradisi, pengajaran Matematik tanpa mengira peringkat kesukarannya banyak
memfokuskan kepada pengajaran yang menggunakan perwakilan algebra. Misalnya, penyelesaian ungkapan algebra 2x
2 + 7x – 3 = 2x sering kali diperolehi dengan
kaedah memudahkan ungkapan algebra tersebut dan seterusnya mencari nilai x. Penyelesaian kaedah beralgebra ini tidak dapat memberi konsepsi yang jelas dikalangan pelajar. Perwakilan simbolik ini ditonjolkan dengan harapan ianya dapat mengelakkan kecelaruan di antara objek Matematik dan perwakilan yang lain. Guru selalunya tidak cuba untuk mengambil kira perwakilan geometri dan intuitif. Guru mungkin beranggapan sistem perwakilan algebra adalah sesuatu yang formal danmesti ditekankan dalam pengajaran Matematik. Ini meletakkan peranan perwakilan lain sudah tidak begitu penting. Penggunaan perwakilan yang menumpukan kepada algebra mungkin menyebabkan ada sebahagian pelajar yang mengalami kesukaran
membina konsep. Misalnya dalam pengajaran kalkulus, Aspinwall et al. (1997) menyebut bahawa penekanan manipulasi simbol (ungkapan algebra) yang terlalusehingga menyebabkan hilangnya nilai (spirit) kalkulus.

Algebraic thinking terbahagi kepada dua komponen utama; pembangunan alat pemikiran Matematik dan juga kajian kepada idea asas algebraic. Alat pemikiran Matematik adalah berkait dengan perlakuan minda yang analitikal. Ia disusun kepada tiga topik: kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran perwakilan dan kemahiran penaakulan kuantitatif. Idea asas algebraic pula mewakili domain di mana alat pemikiran Matematik berkembang. Ia diterokai melalui tiga lensa, algebra sebagai generalisasi arithmetik, algebra sebagai bahasa serta algebra sebagai alat untuk fungsi dan permodelan Matematik. Rajah 1 menyimpulkan komponen-komponen tersebut yang dipetik daripada 2006 California Mathematics Content Standards (California Board of Education, 2006).

No comments:

Post a Comment