Thursday, September 30, 2010

ELEMENT IN CONCEPT OF STATISTIC

DiMalaysia, ilmu statistic telah mula diajar sejak sekolah rendah bermula pada tahun 3 melalui topik ‘pengumpulan data’. Ini kerana telah Dasar Pendidikan Negara yang berobjektifkan untuk menyediakan modal insane yang mampu berdaya saing dan berdikari serta menepati keperluan dan kehendak pasaran di masa hadapan. Ini dapat memperbetulkan salah tanggapan di kalangan umum yang menyatakan bahawa statistic hanya perlu dipelajarai oleh individu yang menjurus kepada bidang sains tulen sahaja. Sedangkan statistic itu merangkumi seluruh aspek kehidupan kita sama seperti ilmu matematik yang tidak boleh dipisahkan dari system kehidupan. Bahkan ada ahli falsafah yang menyatakan bahawa matematik adalah statistic dan statistic adalah matematik. 
Walaubagaimanapun kerangka statistic yang hendak dibangunkanperlu menekan kaedah pembelajaran.Pertamanya, konsep pembelajaran tersebut  tidak perlu obses dengan nombor dan symbol seperti  …. x  , s , ยต, s2  …… Bahkan murid ini tidak perlu tahu yang mereka sedang mempelajari statistic, mereka hanya tahu bahawa mereka sedang mengumpulkan dan mengelaskan data dalam situasi yang sangat menyeronokkan dan kemudian pembangunan statistic dalam diri merka boleh dipanjangkan kepada proses membuat perwakilan dan menganalisis pula. Selain itu konsep pembelajaran sambil bermain juga sangat efektif dalam mendalami ilmu statistic ini. Contohnya, murid diberi 3 jenis kertas yang berlainan kualiti dan berat. Kemudiannya, kertas ini akan dilipat menjadi kapal terbang kertas dan diterbangkan. Murid akan mengambil data mengenai tahap kelajuan dan jauh kertas tersebut terbang. Cara pembelajaran sambil bermain ini pastinya akan menarik minat murid dan seterusnya minat ini boleh kita kembangkan sebagai landasan di masa hadapan. Selain itu, dewasa ini terdapat pelbagai web, perisian dan klip video seperti di ‘you tube’ yang boleh digunakan sebagai medium pemgembangan pemikiran statistik kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment